PROFIL

LAVAA ialah hasil gabungan susunan huruf yang secara akronimnya bermaksud Langkawi - Artist - Visual - Art - Association atau (Persatuan Artis Seni Visual Langkawi). Ia telah ditubuhkan pada tanggal 23 Disember 2009 dengan nombor pendaftaran PPM0030223122009. Keahlian LAVAA terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam bidang seni visual. LAVAA secara asasnya mula bertapak di lokasi sementara dan berperanan sebagai Pusat Pentadbiran Rasmi Pertubuhan yang beralamat : Lot 1164, Kampung Huma, Mukim Air Hangat, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia. Atas kesedaran dan hakikat bahawa sebagai pertubuhan seni yang telah mencecah usia ke 10 tahun, ianya masih terdapat beberapa kekurangan terutamanya  dari aspek ketiadaan kelengkapan kemudahan asas dan sebagainya. Namun LAVAA akan sentiasa terus berusaha dengan lebih mapan dan efektif demi kesinambungan bersama.

Matlamat Pertubuhan LAVAA
  • Melindungi dan memperbaiki kepentingan moral, sosial dan kedudukan hak-hak artis seni visual yang bernaung di bawah Perlembagaan   Pertubuhan.
  • Memperkembangkan bakat dan idea serta menyatupadukan para artis dan peminat seni visual untuk menyumbang kepada pemikiran intelek  dan  kreatif.
  • Menyampaikan informasi seni serta bekerjasama dengan pertubuhan kesenian berdaftar khasnya seni visual kebangsaan dan antarabangsa, amnya untuk kepentingan dan kemajuan Pertubuhan dalam memperluaskan  aspirasi  budaya  kesenian  bangsa.
  • Menubuhkan kelas bimbingan untuk kelestarian ilmu dalam pelbagai bidang seni visual berserta kutipan bayaran yuran untuk memenuhi keperluan  dan  kegunaan  Pertubuhan.
  • Pertubuhan boleh menambah pendapatan melalui aktiviti pameran seni, penglibatan seni dalam perniagaan serta pelaburan saham, penyelidikan  dan  pendidikan  seni  visual.

Pegawai Jawatan Kuasa 2019 / 2021
 :-

Yang DiPertua : ARJAN BIN CHE RUS
Naib Yang DiPertua : SUKARDI BIN HASHIM
Setiausaha : KHAIRUDIN BIN ABDUL HAMID
Penolong Setiausaha : MUHAMMAD IZZAT BIN MD ISA
Bendahari : MD RASHID BIN RAMLI

Ahli Jawatan Kuasa Biasa :-

(1) SYAHRUDIN BIN ISHAK
(2) ROSLI BIN HASSAN
(3) MOHAMAD JAZLI SAFWAN BIN ALI
(4) MOHD. RAZLAN BIN NANYAN
(5) MAZLAN BIN AHMAD

Pemeriksa Kira-Kira :-

(1) AHMAD ROSLI BIN AZIMAD
(2) SULIZA BINTI SAAD

Perkhidmatan Seni Visual

Keahlian Pertubuhan LAVAA
Pusat Informasi
Khidmat Nasihat
Pakar Runding Artistik
Seminar & Bengkel
Kelas Seni Lukis
Demonstrasi & Pameran
Tempahan Karya
Sewaan Karya

No comments:

Post a Comment